Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Bismillah Untuk Bulan Yang Baru

Bismillah Untuk Bulan Yang Baru. Selamat datang Jun, tak sedar kita telah menghabiskan 5 bulan di tahun 2024 dengan catatan yang manis pahit dan melakar kejayaan juga.. walau tidak sebesar mana. Asalkan ada perubahan dan anjakan sesuatu dalam hidup, itu juga namanya sebuah kesuksessan. 

Bismillah Untuk Bulan Yang Baru

Bismillah duhai bulan yang baru, bulan Jun yang baik. Semoga kita saling berkerjasama, seiringan mencipta memori lagi. Namun kali ini.. marilah kita mencipta bahagia yang berpanjangan. Agar ada banyak lagi momen hebat bakal kita kecapi di hujung setiap perjalanan..

Alhamdulillah.. untuk sekali lagi dapat bernafas tenang, bahagia dan sihat minda serta fizikal. Marilah kita terus redha menerima takdir yang telah ditetapkan. Tak mengapa sesekali takdir kita tidak berpihak kepada kita kerana takdir itu milik Allah. Tetapi, jangan sedih untuk semua takdir yang diterima, sebaliknya kita ada DOA. Doa itu milik kita. Doa akan kenbali kepada kita semula bersama kurnia yang kita sendiri tidak sangka. 

Okay.. terima kasih Jun kerana masih sudi menjenguk kami yang masih di sini, yang setia walau bulan silih berganti.

Alhamdulillah untuk semuanya..
 
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

close