Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Ucapan Hari Ibu Yang Simple Dan Terbaik

Ucapan Hari Ibu Yang Simple Dan Terbaik. Bulan mei adalah bulan istimewa khasnya untuk wanita-wanita di luar sana iaitu adanya hari khas untuk meraikan para ibu. Sebenarnya nak beri ucapan hari ibu tak perlu menunggu bulan Mei tetapi adanya hari rasmi seperti ini supaya lebih ramai alert atau ingat ibu masing-masing dan jasa mereka.

Ucapan Hari Ibu Yang Simple Dan Terbaik

Ucapan Hari Ibu Yang Simple Dan Terbaik


Saya kongsikan ucapan-ucapan ringkas untuk ibu kita, supaya kita dapat mengungkapnya seikhlas hati.

1. Duhai ibuku tersayang, semoga hidupmu dilimpahi kebaikan dan kebahagiaan berkekalan.

2. Ibu, engkaulah bintang hatiku. Engkau adalah pelangi yang memayungi pahit manis kehidupan.

3. Tiada wang ringgit yang dapat membalas jasa ibu, pengorbanan mu tiada galang gantinya.

4. Selamat hari ibu buat wanita tercantik yang pernah ada. Kau kekal cantik di mataku sampai bila-bila.

5. Untuk ibu terbaik di dunia, semoga engkau kekal dalam kebahagiaan di samping anak-anakmu yang tercinta.

6. Terima kasih ibu kerana telah membawaku ke dunia ini. Engkau menjadi saksi atas penat lelahku sehingga anakmu ini menjadi anak yang berjaya. Semoga segala jasa dan pengorbanan mendapat balasan syurga buatmu.

Semoga segala ucapan yang baik-baik menjadi doa terindah buat ibu kita yang tersayang. 

Semoga bermanfaat.

Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

close