Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Bagaimana Mahu Ikhlas?

Bagaimana Mahu Ikhlas? Jadilah seperti pohon yang lebat buahnya, yang tumbuh di tepi jalan.. yang dilempar orang dengan batu. Tapi membalasnya dengan buah.

Salam sahabat... sebenarnya bukan mudah untuk kita menjadi seorang yang reda dan luhur. Hati selalu penuh hasad dan dengki. Ada lebih kita kedekut, kalau kurang kita selalu mengeluh. Pernahkah kita terfikir betapa manisnya ungkapan, 'tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, tangan kanan dihulur, disorok tangan kiri...'

Renung2 dan fikirkanlah seluas mana kata2 tersebut.

Ikhlaskah kita? Bagaimana Mahu Ikhlas? 
Sudah banyak kisah ikhlas yang diceritakan. Sudah lelah kita mengatakan ikhlas dalam setiap perbuatan tetapi mengapa masih ada tanda tanya pada orang yang memandangnya? Susahnya untuk menentukan bentuk ikhlas sebenarnya...

Untuk ikhlas mudah sebenarnya. Apa saja perbuatan baik yang kita niatkan ikhlas untuk memberi sebarang bentuk pertolongan, perkhidmatan dan bantuan, hendaklah dirahsiakan. Jangan bercerita sana sini, jangan diungkit walaupun sekadar mahu memberikan contoh dan teladan kepada orang lain. Betul tak? 

Jadi, sebagaimana saya katakan dari awal tadi ikhlas konsepnya mudah je, tangan kanan di hulur, disorok tangan kiri! Mudah, kan? Mulakanlah sekarang walaupun pemberian itu sekadar sebungkus nasi lemak kepada kawan kita sebagai sarapan paginya...

#Renungkanlah...

##cikbayan: Saya berulangkali mencuba untuk tidak timbul riak pada setiap perbuatan, tetapi kadangkala kita terlupa, kita selalu alpa. Kerana kita belum bersifat ma'asum, kita manusia biasa.. hanya terus berusaha tanpa jemu.
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

close