Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Setiap Hari Adalah Kebaikan, Ikhlaslah Dengan Takdir

Setiap Hari Adalah Kebaikan. Tak pernah Allah suruh kita berbuat jahat malahan ketika kita banyak dosa, Allah masih mengampuni. Jadilah hamba Allah yang selalu memberi lebih banyak kepadaNya kerana setelah segala pinjaman yang DIA bagi, apa lagi yang kita harapkan? Tiada dah.. semua Allah dah bagi, nikmat dan hikmah. 

Sudah masanya untuk kita:

- melepaskan apa yang bukan milik kita
- mengikhlaskan apa yang Allah takdir dan beri pada kita
- jadi hamba yang jauh lebih baik dari tahun-tahun yang lalu
- menerima dengan redha yang tak semua manusia boleh membahagiakan kita
- sayang diri sendiri dan jaga hati
- belajar memaafkan sesiapa pun yang datang hanya sekadar menyakitkan

Semoga kita menjadi sebaik baik hamba di sisiNya. Jom bangkit!

Setiap Hari Adalah Kebaikan, Ikhlaslah Dengan Takdir


Setiap Hari Adalah Kebaikan

Lakukanlah kebaikan setiap waktu, samada dari dalam dan luar diri kita. Itu mungkin tak mudah tetapi percayalah jika kita mahu yang baik, DIA akan dorongkan hati dan langkah kita ke arah itu. Yang lepas biarlah.. dah jadi sejarah pun. Mulai hari ini, sekarang.. ciptalah kebaikan yang nantinya diganjari keajaiban yang kita sendiri tak sangka.
 
Kena ingat, selain tekad dan usaha nak kekal berbuat baik, kita kena juga memohon yang baik-baik daripada Yang Maha Baik! Itu tandanya kita berharap hanya pada DIA. Insya Allah, langkah dan urusan jadi lebih mudah dan kita akan sentiasa tenang. 

Yang lain-lain di luar kotak fikiran kita, biar Allah uruskan. Memang tak mudah tetapi kita boleh!
 
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

close