Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Selamat Hari Lahir Kepada Yang Menyambut Kelahiran Di Bulan Januari!

Selamat Hari Lahir Kepada Yang Menyambut Kelahiran Di Bulan Januari!. Bagaimana personaliti orang yang lahir dalam bulan Januari? Mari kita semak faktanya. Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan Januari. Bulan Januari menjelang lagi. Bulan paling tua dalam 12 bulan yang ada. Bila dilahirkan dalam bulan Januari sesama rakan sekelas, kita automatik digelar kak long atau abang long. Ada kata paling cepat tua antara rakan sebaya. Argh!! Itu mitos je, lahir bulan Januari kan istimewa. Kitalah paling awal menyambut hari lahir, dan kitalah yang paling cepat matang. Bermakna, dalam ramai rakan sekelas... kitalah jadi tempat rujukan, kononnya sebab dah dewasa.. heheh..

Selamat Hari Lahir Kepada Yang Menyambut Kelahiran Di Bulan Januari!

Orang lahir bulan Januari pun pandai masak dan pandai buat untung dalam perniagaan. Tak kenal orang ternama Malaysia yang lahir dalam bulan Januari? Cuba teka?? Siapa lagi kalau bukan Dato' Siti Nurhaliza...

Jika anda lahir sama bulan dengan Dato' Siti, anda pasti seorang yang bercita-cita tinggi seperti beliau. Syabas!!

Lahir Bulan Januari? Apakah Personaliti Anda?


Sebagaimana kupasan saya sebelum ini mengenai bulan kelahiran, artikel ini ditulis berdasarkan kajian bulan kelahiran yang dilakukan oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Antara personaliti orang yang lahir bulan Januari adalah:-

  • bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • suka smart, kemas dan teratur
  • sensitif, berfikiran mendalam
  • pandai mengambil hati orang lain
  • pendiam kecuali setelah dirangsang
  • agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
  • mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • badan sehat tetapi mudah diserang selesema
  • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
  • cukup sayang kepada kanak-kanak
  • suka duduk di rumah
  • setia pada segalanya
  • rajin belajar dan kemahiran sosial
  • sikap cemburu yang sangat tinggi

Benarkah begitu? Adakah anda yang dilahirkan dalam bulan Januari bersikap terlalu cemburu? Jika ya, buanglah sedikit demi sedikit sikap tersebut kerana ia boleh memudaratkan sesuatu hubungan. Mungkin anda cemburu disebabkan terlalu setia? Hmm...setia biarlah berpada-pada. Kombinasi setia dan cemburu jika ditangani dengan matang akan menjadikan anda seorang yang kental dan kuat hadapi cabaran. Tukarkan sikap negatif kepada positif. 

Dalam ahli keluarga saya juga ada yang dilahirkan dalam bulan Januari. Pada pendapat peribadi saya sendiri, mereka yang lahir bulan Januari amat sukakan kanak-kanak. Mereka penyayang, tak pandai marah dan agak keanak-anakan juga. Walau telah menginjak dewasa, masih manja dengan ibu mereka. Betul kan?

Personaliti orang lahir bulan Januari

Orang yang lahir bulan Januari agak pemalu dan pendiam tetapi apabila telah mengetahui kelemahan seseorang itu, ia bertukar menjadi pengkritik yang hebat. Malu-malu kucing la tu..

Pada pemerhatian saya, orang yang lahir bulan Januari sesuai berkawan dengan mereka yang lahir dalam kumpulan bulan May - August atau September - Disember. Dengan kumpulan yang disebutkan itu, mereka lebih serasi, bijak mengendalikan emosi dan mudah bertoleransi. Semoga anda mendapatkan pasangan yang betul bila membuat keputusan untuk hidup berpasangan satu masa nanti.

Namun begitu, dalam warna warni personaliti orang lahir bulan Januari seperti disenaraikan di atas, kekalkan sikap baik anda dan tinggalkan personaliti yang kurang disenangi. Kita boleh mengubah tanggapan orang terhadap kita jika kita berjaya membuktikannya. 

Selamat hari lahir Januari... keep sweet &_nice. 
 
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

close