Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Rasa Sedih Dan Gelisah? Berdoalah Dengan Doa Ini

Doa Hilangkan Sedih Dan Gelisah. Anda sedih dan gelisah? Berdoalah! Kerana itu je senjata ampuh yang kita ada. Senjata yang tak boleh sesiapa menafikannya kecuali semuanya atas izin Allah. Menangis sedih tu boleh, tapi jangan berlama-lamaan. Setelah puas menangis, maka angkatlah tanganmu kepada Allah, DIA tak pernah menolak permintaan hambaNya.

Rasa Sedih Dan Gelisah? Berdoalah Dengan Doa Ini


Dalam bebanyak doa, saya suka amalkan doa yang ini. Bila lepas baca tu, rasa healing... Rasa sembuh. Tarik nafas dan lepaskan.

Rasa Sedih Dan Gelisah? Berdoalah Dengan Doa Ini

Apakah doanya jika dalam sedih dan gelisah? Inilah doanya.

Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal hazan


Maksudnya;

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesusahan dan kesedihan.

Cara amalan;

Dibaca 3 kali di waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang. Macam saya, amalkan lepas solat subuh dan solat asar.
 
Semoga bermanfaat. Jangan lama- lama sedih tu, Allah kan ada. 
 
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

close