Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.
- Pahrol Mohd Juoi, Tentang Cinta
- Pahrol Mohd Juoi, Tentang Cinta
Manusia hanya boleh merasakan 3 kali jatuh cinta di sepanjang hidupnya.
Cinta pertama pada saat anda masih muda. Orang kata 'puppy love'. Fasa ini anda merasakan bahawa dialah pasangan hidupmu.
Fasa kedua hard love. Fasa anda sangat mencintai walaupun sering tersakiti. Tapi akhirnya anda akan tersedar adakah perlu bertahan atau melepaskan.
Fasa ketiga pula adalah unconditional love. Seseorang akan hadir dalam hidupmu pada saat kamu tidak lagi ingin jatuh cinta. Dia buat anda rasa tenang dan dia mencintaimu dengan tulus. Maka, anda telah menemui pasangan hidup yang sebenarnya.
Ada yang kata fasa hard love adalah fasa yang paling menyakitkan. Kerana kita terpaksa dan dipaksa untuk membuat pilihan yang biasanya akan melukakan jiwa dan raga.
Walau di mana anda berada, samada fasa cinta pertama, fasa hard love atau unconditional love.. cinta kepada Allah adalah cinta AKHIRAT. Bila anda telah pun melepasi ketiga-tiga fasa tersebut.. mungkin Cinta kepada Allah itu yang paling membahagiakan! Kerana mencintai Allah, kita tidak akan pernah tersakiti. Yakinlah, itu pasti terjadi.
Bagi anda yang kuat dan berani, tahniah diucapkan! Teruslah melangkah pergi dan mengangkat diri dengan jalan yang dipilih. Hilang cinta seorang manusia tak bermakna kita hilang segalanya. Bangkitlah dengan bermaruah.
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
0 Comments