Akhlak Yang Indah Laksana Pintu Menuju Syurga Illahi. Sentiasa menjaga batas dan aurat dalam kehidupan. Berjaga-jaga bila berkata, menyimpan sangkaan baik di dalam hati walau kepada sesiapapun makhluk Tuhan atas muka bumi ini. Akhlak baik seiringan dengan indahnya rupa paras wajah yang dipamer. Bukan sahaja kaya harta benda tetapi juga kaya budi pekerti. Menyantuni ibu bapa adik beradik dan sahabat saudara seagama. Betapa indahnya akhlak begitu penting dalam agama kita hinggakan ia salah satu asbab setiap hamba dapat masuk ke syurga Illahi.
Akhlak yang baik menghasilkan jiwa yang tenang. Tak ada orang sakit hati. Jika akhlak baik dipelihara dan diamalkan oleh umat Islam, seluruh manusia akan memiliki jiwa tenang, kehidupan aman.
Akhlak adalah sifat dalaman seseorang di mana ia menunjukkan kebaikan ataupun keburukan.
Kesinambungan daripada istilah akhlak adalah sebuah kehormatan. Jika diteliti pada maksud maruah itu, ia adalah sesuatu yang diperlihatkan kepada orang lain berdasarkan sifat dan amalannya.
Rasulullah SAW menyebut yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutus untuk memuliakan akhlak manusia." (Riwayat Bukhari)
Akhlak Yang Indah Laksana Pintu Menuju Syurga Illahi
Prof Dr. HAMKA Berbicara Tentang Akhlak
"Ada pun hakikat budi ialah suatu persediaan yang telah ada, terhujam di dalam batin. Dialah yang menimbulkan perangai dengan mudahnya sehingga tidak perlu berfikir lama lagi. Apabila persediaan itu dapat menimbulkan perangai terpuji, perangai yang mulia (mulia menurut akal dan syara') itulah yang dinamakan budi pekerti yang baik."
"Namun, apabila yang tumbuh adalah perangai yang tercela menurut akal dan syarak, dinamakan pula budi pekerti yang jahat."
Justeru, "Budi pekerti jahat adalah pintu menuju neraka yang bernyala dan menghanguskan hati nurani, sedangkan budi pekerti yang indah laksana pintu menuju jannah Ilahi."
"Budi pekerti jahat adalah penyakit jiwa, penyakit batin dan penyakit hati. Penyakit ini lebih berbahaya dari penyakit jasmani. Orang yang ditimpa penyakit jiwa akan kehilangan makna hidup yang hakiki dan hidup yang abadi. Ia lebih berbahaya dari penyakit badan."
"Penting sekali bagi seorang hamba untuk mempelajari sebab sebab penyakit itu, mengusahakan kesembuhannya, dan memperbaiki jalannya kembali."
"Itulah yang dimaksudkan firman Allah SWT yang bermaksud ; "Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu)."[asy-Syams : 9]
"Orang yang membiarkan dan menyia nyiakan jiwa dikenal oleh ayat yang berlawanan dengan ayat di atas yang bermaksud ; "Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya." [asy-Syams : 10].
Wallahu'alam.
Wallahu'alam.
Semoga segala perkongsian membawa manfaat kepada kita semua. Jaga akhlakmu kelak orang akan menghormatimu selayaknya sepertimana kamu tampilkan, samada baik atau buruk. Buatlah pilihan yang membahagiakanmu di akhirat nanti.
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
0 Comments