Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Kau Akan Mengerti Jua Pada Suatu Masa Nanti

Kau Akan Mengerti Jua Di Suatu Hari Nanti - Aku ingin tinggalkan sesuatu, yang boleh dikenang-dikenang bila masa telah berlalu. Aku ingin katakan sesuatu, yang boleh dibaca dan diamalkan oleh mereka yang di sayangi jika hanya nama yang tinggal di dunia. Aku berharap dapat selalu menulis perkara yang menginspirasikan, dan membawa ramai orang ke jalan kebaikan.

Justeru, aku kongsikan kata azimat yang dikumpulkan, untuk dikongsikan hingga satu masa nanti anda boleh mengerti. Hingga tiba masanya benar-benar terjadi, membuatkan anda semua terpukau. Begitulah...

Suatu Masa Nanti, Kau Akan Mengerti!


Kau Akan Mengerti Jua Pada Suatu Masa Nanti

Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada dihati dunia tapi jangan kau tempatkan dia dalam hatimu. 

Jika kau pernah kerugian sesuatu yang tidak pernah kau sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberimu rezeki suatu hari yang tidak pernah kau kira akan memilikinya.

Optimislah ketika segala urusan terasa sulit bagimu, kerana Allah telah bersumpah dua kali "sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan."

Kehidupan bertanya kepada kematian:
"mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?
maka maut menjawab: "kerana kau adalah kebohongan yang indah, sedangkan aku adalah kenyataan yang menyakitkan."

Kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apalagi yang boleh menyebabkan kita masuk syurga??

Apakah rukuk mu atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang beriman yang kita tunaikan, atau doa, ataukah zikir kita yang dikira amalanmu?? Maka beramal lah dan jangan anggap ringan itu semua!

Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembut, dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus.

Aku kagum kepada hati yang menerima kesakitan dengan diam, dan menilai kesalahan orang lain dengan niat yang baik.

Ketika kau meyakini bahawa setelah kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesungguhnya kau telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah.

Jika sakitnya dunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih, barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu, dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum. Namun tersenyumlah sehingga kau bahagia.

Suatu Masa Nanti, Kau Akan Mengerti!

Mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang maha Mengatur, mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu. Oleh kerana itu tenanglah kerana engkau selalu berada pada pengawasan Allah yang maha Menjaga dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu. Aku serahkan segala urusanku kepada Allah.

Jika kau tidak tahu alamat rezekimu, janganlah takut.., kerana rezeki Allah tahu dimana alamatmu. Jika kau tidak bisa sampai kepadanya, nescaya dia akan sampai kepadamu...

Jika kita membalas keburukan dengan keburukan maka bilakah keburukan ini akan berakhir?!

Allah berfirman, "dan barangsiapa yang memaafkan dan memperbaiki maka pahalanya ada di sisi Allah".

Jangan kau iri kepada seorangpun kerana sebuah nikmat, kerana kau tidak tahu apa yang telah Allah ambil darinya, dan janganlah bersedih kerana sebuah musibah, kerana kau tidak tahu apa yang akan Allah hadiahkan untukmu. Allah berfirman "sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diberikan pahala tanpa dikira kira."

Dahulu aku menangis kerana aku berjalan tanpa alas kaki, namun akhirnya aku berhenti menangis saat aku melihat lelaki tanpa kedua kakinya. Maka selalu ucapkanlah alhamdulillah pada setiap keadaan.

Pada suatu hari kau akan menemukan: bahawa kesedihanmu akan menyelamatkanmu dari neraka dan kesabaranmu akan memasukkanmu kedalam syurga.

Diantara keajaiban manusia adalah, dia merasa rimas mendengarkan nasihat dan terdiam saat mendengarkan keburukan.

Jangan berharap dari akhir setiap hari kecuali redha maka kau akan redha, mintalah pertolongan kepada Maha dermawan, Maha penyayang, dan Maha Agung.

Jangan biarkan manusia mengetahui sesuatu darimu melainkan kebahagiaanmu, dan jangan sampai mereka melihat kecuali senyummu.

Jika semua urusanmu terasa sempit maka di dalam Al Qur'an ada syurgamu, Dan jika kesendirianmu menyakitimu , maka ke langit kirimkan doamu. Dan jika mereka bertanya tentang khabarmu maka katakan Alhamdulillah dan tersenyumlah.

Sumber
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

close