Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Tentang Soulmate, Bukan Sekadar Kekasih

Tentang soulmate, bukan sekadar kekasih. Bagaimana anda menanggapi pasangan? Sehangat mentari pagi atau sedingin salju antartika? Pasangan bukan sekadar syarat memenuhi kemahuan orang lain yang tidak berhenti bercakap di belakang. Memiliki pasangan hidup juga bukan jaminan kita telah memeluk dunia, kerana terasa segalanya telah lengkap. 

Pasangan atau soulmate bukanlah sekadar kekasih. Dia juga hadir sebagai kawan. Pasanganmu secara semula jadi akan mengenali dan cepat mengikut mood kamu. Mereka membuat kamu berasa dilihat, didengar, difahami, dihargai, disokong dan disayangi.

Tentang Soulmate, Bukan Sekadar Kekasih
Gambar hiasan


Translating.. "Soulmate aren't just lovers. They are friends too. Your soulmate will naturally recognize you and align with you. They make you feel seen, heard, understand, appreciated, supported and loved."

Kamu mungkin boleh ketawa di hadapan ramai orang tetapi kenapa hanya menangis di hadapan segelintir orang? Termasuklah di depan pasanganmu. Kenapa?? Kerana kamu tahu bahawa memang ramai orang suka lihat kita ketawa tetapi hanya sedikit yang menghargai nilai airmata yang di curahkan.

Jadi, memang betul kata pujangga. Kawan ketawa itu ramai, tetapi kawan menangis belum tentu ada.

Seorang soulmate atau pasangan sejati menerima kamu tanpa syarat, rupa atau harta benda. Yang penting bagi mereka adalah keselesaan dalam segala hal dan mampu jadi diri sendiri.

Hubungan yang berjaya memerlukan kerjasama dua pihak yang saling memberi dan menerima. Pasangan yang baik juga akan selalu menjadi pendorong kejayaan dan nilai tambah dalam kehidupan sehingga ke penghujung usia.

Semoga kita semua dikurniakan pasangan sejati yang saling melengkapi.
 
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

close