Gambar hiasan - Tentang umur dan dosa |
Tak mengapa jika kita sedar yang kita terlalu banyak mengumpul dosa. Allah kan Maha Pengampun. Walau dosa-dosa kita sebanyak buih di lautan.. Allah sentiasa mengampuni kita. Jangan pernah bertangguh untuk bertaubat. Kita tak tahu umur kita sebanyak mana? Kita tidak tahu dosa kita seluas mana? Namun, sekali kita kembali berpaling kepada Allah, beribu kali Allah datang memeluk kita dengan rahmat dan kasih sayangnya.
Renungan Tentang Umur Dan Dosa
UMUR dan DOSA..
Sekadar buat RENUNGAN SESAMA KITA..
Abu Bakar al-Katani R.a. menceritakan bahawa ada seorang mengira sendiri kejahatannya. Pada suatu hari, ia mengira tentang umurnya. Ia dapati umurnya enam puluh tahun. Ia mengira berapa hari umurnya itu, maka ia dapati umurnya sebanyak 21,240 hari.
Tiba-tiba ia memekik sekuat-kuatnya lalu pengsan tanpa sedarkan diri. Apabila ia telah sedar maka ia berkata: “Alangkah ruginya, aku datang menemui Tuhan dengan membawa sebanyak 21,240 dosa. Ini pun jika aku melakukan satu dosa sahaja setiap hari.
Bagaimana jika aku melakukan berbagai dosa yang tidak terkira setiap hari?”
Kemudian ia mengeluh panjang;
“Aku sendiri yang salah dan bertanggung-jawab. Aku telah membangunkan dan memajukan
duniaku tetapi aku meruntuhkan akhiratku. Aku telah menentang pelindungku, Allah Yang Maha Mengurnia Kemudian aku sangat benci untuk berpindah dari kemajuan kepada kehancuran.
Bagaimana aku akan datang di hari mengira amalan yang tercatit di dalam kitab catitan amal dan bagaimana aku menghadapi azab itu tanpa amal soleh dan pahala?”
Kemudian iapun menjerit sekuat-kuatnya lalu jatuh ke bumi. Apabila orang ramai cuba menolongnya didapati ia telah mati.
Semoga Allah memberi rahmat keatasnya...
Petikan buku Membentuk;
Jiwa Sufi (Dr Hj. Jahid Hj. Sidek)
Jadi, daripada kisah di atas, mari sama-sama kita renungkan. Berapakah banyak dosa yang kita lakukan sehari-hari? Apakah kita telah sedar dan tersentap dari umur yang panjang itu? Ya Allah.. jadikanlah kami hambaMu yang takut berbuat dosa. Ampunkanlah kami. Maafkan kami..
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
0 Comments