Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Hikmah Disebalik Ujian Allah, Rahsia Yang Membahagiakan

"Allah Berikan Satu Musibah atau Ujian Untuk Mengelakkan Musibah Yang Lebih Besar. Musibah Juga Untuk Memberi Kesedaran Pada Kita. Semoga rahsia di sebalik ujian Allah akan menjadikan kita lebih kuat dan yakinlah Allah akan gantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik dari itu. Diberi ujian itu Tanda Allah Masih Sayang Kita, Beristighfar Dan Kembalilah Ke pangkal Jalan." - Admin

Hikmah Di Sebalik Ujian, Rahsia Allah Yang Membahagiakan

Hikmah Di Sebalik Ujian, Rahsia Allah Yang Membahagiakan. Jika yang namanya ujian, ramai yang tak suka. Contohnya ujian dalam kelas, bila cikgu nak bagi ujian ramai je yang mengeluh. Cikgu bagi ujian sebab cikgu sayang, sebab cikgu nak tengok kita faham tak apa yang diajarkan. Dia nak kita berusaha bersungguh-sungguh bila nak dapat markah tinggi. Begitu juga dengan ujian hìdup yang Allah turunkan. Siapa pun tak suka bila dihadapkan dengan ujian dan musibah. Kerana apa? Kerana bentuk ujian itu bukanlah sesuatu yang gembira. Apabila sebut ujian, ia pasti sesuatu yang akan menguji kita dari pelbagai sudut seperti emosi, fizikal, kewangan dan banyak lagi.

Allah uji sebab Allah sayang kita. Dia nak naikkan taraf kita di sisinya. Sebab Allah sayang lah, maka dia uji agar kita makin dekat dengan dia. Percayalah.. bila berjaya melepasi setiap ujian, kita akan rasa syukur sangat dekat Allah SWT. Semoga kita semua bersabar tatkala di uji dan bersyukur bila dikurniakan nikmat.

Hikmah Disebalik Ujian Allah


Dalam Surah Al-Mulk, ayat 2, Allah SWT mengingatkan, setiap kita pasti diuji untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakannya. Siapa yang paling baik kualiti amalannya.

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

“Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).”

Ibnu Katsir menafsirkan kalimah amalan sebagai amalan yang baik (ahsan) ialah sebaik-baik amalan dan bukan amalan yang banyak. Bermaksud amal yang berkualiti lebih diutamakan berbanding kuantiti amalan.

Dalam ertikata yang lain, ujian yang menimpa kita menuntut kesabaran dan ketabahan menghadapinya, redha di atas ujian yang diberi dan semakin bersungguh dan mengikhlaskan diri dalam melakukan amal soleh.


Ibnu Umar menyatakan bahawa Rasulullah SAW. ketika membaca ayat ini bersabda: “mereka yang paling menjaga diri dari perkara yang diharamkan oleh Allah SWT dan yang paling bersegera dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT”.

Apabila kita diuji, ketahuilah ujian itu untuk melihat kualiti amal kita. Kesabaran menghadapinya serta keredhaan menerimanya. 

Antara hikmah lain ujian yang dilalui;

1.  Allah Berikan Satu Musibah Untuk Mengelakkan Musibah Yang Lebih Besar


Kita mungkin tidak perasan, bila kita diuji dengan satu musibah sebenarnya Allah mengadakan musibah itu untuk mengelakkan kita dari satu musibah yang lebih besar. Contohnya sewaktu kita bergegas untuk ketempat kerja di waktu pagi, tengok-tengok tayar kereta kita pancit!. Kita terpaksa menggantikan terlebih dahulu dengan tayar lain hingga melewatkan perjalanan ketempat kerja. Rupanya dipertengahan jalan kita bertemu kemalangan yang teruk melibatkan banyak kenderaan! Jika Allah tidak datangkan musibah kecil tadi ada kemungkinan besar kita mungkin terlibat dengan kamalangan yang lebih dahsat tadi.

2.  Musibah Untuk Memberi Kesedaran Pada Kita


Didatangkan musibah sebagai peringatan, teguran yang mungkin selama ini kita rasa hebat sehingga melahirkan sifat sombong, riak dan takabur. Musibah yang kita terima mengingatkan betapa kerdil dan lemahnya kita sebagai hamba, hanya mengharapkan bantuan daripada Allah SWT.

Disebalik ujian dan musibah itu tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat yang besar. Hanya hati yang celik sahaja mampu melihat apa yang tersirat disebalik yang tersurat. 

3.  Musibah Memberi Iktibar Kepada Orang Lain


Kita yang melihat musibah yang menimpa orang lain sewajarnya menjadikannya sebagai pengajaran. Tiada siapa yang boleh lari dari ketetapan qada dan qadar Allah.

4.  Tanda Allah Masih Sayang Kita, Beristighfar Dan Kembali Kepangkal Jalan


Setiap ujian adalah tanda Allah masih sayang kita agar kita segera sedar. Jika Allah tak sayang kita pasti kita dibiarkan hingga kita terpedaya dan lalai dalam kehidupan ini.

Ada kalanya kita merasakan sesuatu itu baik untuk kita tetapi sebaliknya. Allah yang lebih mengetahui mana yang terbaik untuk kita. Barangkali dengan datangnya ujian buat kita, itu yang terbaik untuk menjadikan kita lebih dekat kepada Allah SWT.

Semoga bermanfaat.

#ilmanhati - bersihkan hati dengan Istighfar.
 
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

close