Istidraj - paling ditakuti berlaku pada kita dan keturunan kita. Istidraj ni, tanda Allah bagi nikmat tapi untuk menguji kita. Banyaknya dapat kesenangan, kemewahan dan segala apa yang kita nak Allah bagi tapi di sisi lain, ia menjauhkan kita dari Allah. Malik Al-Mughis dalam bukunya “Demi Masa” mengatakan bahawa istidraj adalah pemberian kenikmatan untuk orang-orang yang dimurkai Allah SWT. Hal ini dilakukan agar mereka terus lalai dan abai. Na'uzubillah, minta Allah jauhkan kita dari terus terjerumus dan bergelumang dengan perkara yang Allah benci.
Istidraj - Nikmat Yang Sebenarnya Azab
Ada banyak penjelasan tentang istidraj ni. Semuanya menjurus kepada maksud yang sama secara keseluruhannya.
Apa itu istidraj? Ia adalah kurniaan yang ALLAH SWT berikan tanpa putus kepada seseorang walaupun dia bukanlah seorang hamba ALLAH SWT yang taat kepada-Nya.
Malah, dia adalah ahli maksiat yang tegar. Namun, bagi mereka pula, pemberian itu dianggap sebagai nikmat yang melimpah-ruah tanda ALLAH SWT sayang dan cinta kepadanya.
Sesungguhnya, ALLAH tidak pernah menghalang kita mencari kejayaan tetapi cuba kita fikirkan sejenak, sejauhmana ikhlas dan betulnya jalan yang kita ambil untuk mencapai sesuatu kejayaan itu?
Barangkali ada golongan yang menutup aurat, tetapi tidak mengikut syariat agama dan di satu pihak lagi, mereka keluarkan zakat, hatta wakaf juga yang bernilai tinggi tetapi dalam hati masih rasa dia rugi.
Sebenarnya, di sinilah ujian ALLAH pada kita tanpa sedar.
Inilah istidraj dan inilah juga hakikat 'kebencian' Tuhan kepada kita.
Ambillah pengajaran dari kisah Qarun iaitu orang yang terkaya ketika zaman Nabi Musa AS. Dialah manusia yang mendapat istidraj daripada ALLAH SWT sehingga kematiannya tidak berpisah dengan harta yang dimiliki.
Akhirnya ALLAH telah menghina kematiannya dengan menenggelamkan ke dalam bumi bersama harta kekayaannya.

Kita sahaja yang tidak sedar akibat lena dibuai dengan anggapan bahawa ALLAH SWT sayang kita.
Ambillah pengajaran dari kisah Qarun iaitu orang yang terkaya ketika zaman Nabi Musa AS. Dialah manusia yang mendapat istidraj daripada ALLAH SWT sehingga kematiannya tidak berpisah dengan harta yang dimiliki.
Akhirnya ALLAH telah menghina kematiannya dengan menenggelamkan ke dalam bumi bersama harta kekayaannya.
Ya ALLAH... saya sudah terlalu jauh... maafkanlah kekhilafan hamba-Mu ini.(Sumber: Seindah Sabda Rasul, Muhd Nasruddin Dasuki)
Berhati-hati lah dengan Istidraj (Nikmat yang sebenar azab ). Maksud Istidraj adalah:
1. Sekiranya seseorang itu kaya tapi tidak solat
2. Berjaya dalam sesuatu perkara tapi membuat maksiat terus menerus
3. Diberikan kemudahan dalam sesuatu urusan tapi tidak taat kepada Allah s.w.t
Hargailah setiap nikmat yang Allah beri. Gunakanlah dengan sebaiknya. Jangan pernah sia-siakan nikmat yang Allah bagi dekat kita. Selalu lah bersyukur kepada Allah swt.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat yang berpanjangan kepada kita semua.
0 Comments