Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Selamat Hari Ibu Untuk Semua Ibu Di Seluruh Dunia

Selamat Hari Ibu Untuk Semua Ibu Di Seluruh Dunia

Selamat Hari Ibu Untuk Semua Ibu Di Seluruh Dunia. Banyak gelaran untuk wanita yang melahirkan anak, contohnya ibu, emak, mama, bonda, mummy, Umi dan banyak lagi. Panggillah dengan panggilan yang mereka ajarkan sedari kecil, kerana itulah panggilan yang mereka suka dengar dari mulutmu selagi mereka bernyawa!

Kini setelah bergelar ibu, kita pasti lebih menghargai perasaan itu.

Selamat Hari Ibu kepada wanita hebat. Selamat hari ibu kepada seluruh wanita yang pernah berkorban separuh nyawa ketika proses melahirkan permata hati.

Ucapan Selamat Hari Ibu Untuk Semua Ibu Di Seluruh Dunia

1. Ibu, engkau laksana lilin menerangi kegelapan, bak mentari yang menyinari kehidupan. Engkau adalah pelangi yang memayungi pahit manis kehidupan. Ibu, engkaulah bintang hatiku!

2. Selamat hari ibu untuk ratu hati. Tanpa mu tiadalah kami dapat melihat senyum manismu yang sentiasa mekar dalam suka dan duka. Kami berjanji akan membuatkanmu sentiasa tersenyum sehingga ke akhir waktu.

3. Your smile brightens each day and makes it better than the last. Happy Mother's Day, Mom!

4. Ibu, terima kasih kerana menjadi sauh dalam lautan kehidupan yang bergelora ini. Aku amat menghargainya dan siapalah aku tanpamu, Ibu. Selamat Hari Ibu. 

5. Selamat Hari Ibu, Emak! Diriku berasa sangat bertuah kerana mempunyai EMAK sebagai ibu. Terima kasih kerana sentiasa mempercayai diri ini dan melakukan banyak perkara untuk anakmu. Sayang EMAK dunia akhirat!

6. To the best mom in the world, Happy Mother’s Day! Thank you for being chief cook, counselor, taxi-driver, cheerleader, and best all-around mom in the world.

7. Tanpa Ibu siapalah kami! Selamat Hari Ibu Buat Wanita hebat dalam hidupku. Selamanya dihati.

8. Tak ada pelukan terhangat melainkan pelukan seorang ibu. Tiada bunga yang indah selain indahnya senyuman ibu. Tiada sutera yang lembut bak lembutnya belaian seorang ibu. Aku ada kerana Ibu ada, terima kasih ibu kerana melahirkan aku sempurna di matamu.

9. Ibu,
Terima kasih atas semua cinta dan kehidupan yang kau berikan selama ini.
Meski tak mungkin aku mampu membalas semua jasamu,
Namun percayalah kau akan selalu jadi nombor satu dalam hatiku.

Selamat Hari Ibu Untuk Semua Ibu Di Seluruh Dunia

10. Ibu adalah rumah tempat engkau pulang
Ibu adalah semesta tempat engkau berbaring
Ibu adalah malaikat yang memelukmu setiap masa
Selamat hari ibu, untukmu...
Wahai mamaku tercinta

Penutup


Ibu adalah lambang sebuah pengorbanan yang tak akan dapat dibalas dengan apa pun. Ibu adalah pahlawan kepada anak-anaknya. Ibu lah guru sepanjang hidup yang berkhidmat tanpa balasan. Ibu adalah doa kemuliaan tempat kita menaruh harapan. Kerana DOA ibu pada anaknya tiada hijab.

Post a Comment

0 Comments

close