Anda sedang bersedih? Inilah 10 Cara Merawat Rasa Sedih | Semua orang ada emosi, berhak untuk memiliki seberapa banyak watak dalam menzahirkan emosi mereka. Emosi adalah perasaan halus yang lahir dan wujud dalam diri makhluk Allah yang bernama manusia. Emosi ada bermacam-macam, samada sedih, gembira, kecewa, bahagia, marah, benci, dendam dan sebagainya.
Namun begitu, di sini hanya mahu berkongsi dan menyelongkar emosi sedih yang sering dirasai oleh sesiapa sahaja dan kadangkala datangnya secara tiba-tiba. Dalam gembira pun kita boleh berasa sedih dan dalam kesedihan pun sebenarnya kita boleh berasa bahagia. Jadi, bagaimana caranya kita mahu merawat rasa sedih tersebut?
“Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness.” ― Steve Maraboli
10 Cara Merawat Rasa Sedih
Anda sedang bersedih? Tak tahu cara nak rawat rasa sedih itu? Usahlah bersedih terlalu lama, kerana ia hanya merosakkan minda dan tidak membawa kebaikan. Jom baca cara-cara merawat rasa sedih seperti di bawah:
1. Luahkan rasa sedih
Paling penting adalah meluahkan rasa sedih yang sedang ditanggung kepada seseorang yang boleh dipercayai seperti sahabat atau pasangan kita. Mengikut kajian ahli psikologi, sesuatu rasa tak mengira apapun samada baik atau buruk jika diluah akan mengurangi tekanan yang sedang ditanggung. Belajar meluahkan apa yang anda rasa, insya Allah hati akan berasa tenang selepas itu. Selain itu, anda juga boleh meluahkan rasa sedih di atas sekeping kertas, atau menulis di blog secara umum dan boleh juga menggunakan diari sebagai 'teman' berbual anda. Semoga cara ini dapat merawat rasa sedih yang sedang dirasai.
2. Bersenam
Satu lagi cara mujarab untuk merawat rasa sedih adalah dengan bersenam. Tak percaya? Cuba anda lakukan cara ini dan lihat hasilnya. Dengan bersenam seluruh anggota tubuh kita digerakkan dan aktif. Otak pun ikut bergerak ketika kita bersenam. Dengan demikian, perasaan sedih dan keseorangan dapat di rawat secara tidak sengaja.
3. Latih minda melupakan kenangan pahit
Seterusnya, melatih minda melupakan kenangan pahit perlulah diaplikasikan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu.Sumber: Google |
Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan. Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak, maka haruslah dilakukan secara berperingkat dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri dan kemahuan sendiri.
4. Buang perasaan risau yang melampau
Rasa sedih boleh dirawat dengan cara kurangkan rasa risau yang melampau anda terhadap sesuatu. Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.5. Anggap kekurangan sebagai kekuatan
Jangan lupa untuk mencuba reda dengan takdir yang Allah tentukan. Anggaplah kekurangan anda sebagai satu kekuatan. Mungkin ada orang yang hebat hari ini, tapi tak semestinya mereka akan tetap hebat esoknya. Hidup ini penuh dengan kemungkinan dan berpusing seperti roda, kadangkala kita di atas dan kadangkala di bawah. Untuk terus berada di atas, kita perlulah sentiasa belajar, menggali ilmu dan menambah kemahiran sepanjang masa. Kita juga perlu mengenal pasti semua kekurangan dan kelemahan diri dan menerokai kekuatan sendiri.Janganlah anda merasa rendah diri dan terlalu risau dengan kelebihan orang lain kerana anda hanya perlu fokus kepada diri sendiri dan jangan terlalu kisahkan orang lain.
6. Belajar bersyukur
7. Belajar menjadi pemaaf
8. Tonton cerita lucu dan ketawa
9. Ubah fikiran
10. Keraskan hati
Sumber: Google |
Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya dan lafazkan dengan nada berbisik, relaks dan tidak terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda dan tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, lebih baik dari sebelumnya.
Sebagai rangkuman daripada 10 cara merawat rasa sedih di atas, saya boleh katakan bahawa perasaan sedih boleh dikawal dengan akal yang waras dan sentiasa positif dalam hidup. Fikirkan bahawa bukan anda seorang yang merasa demikian, sedih ditinggalkan, sedih kehilangan orang tersayang, sedih kerana kesunyian dan sebagainya. Tanamkan dalam diri anda bahawa anda seorang yang harus teruskan hidup demi kebahagiaan orang tersayang yang mengharapkan anda.
Hidup harus dilalui dengan penuh bermakna!
Hidup harus dilalui dengan penuh bermakna!
0 Comments