Selamat hari lahir untuk mereka yang lahir dalam bulan Jun. Mari kita semak Ciri-Ciri Personaliti Orang Lahir Bulan Jun. Rahsia tarikh dan bulan kelahiran yang selalu kita baca adalah sekadar pandangan sesetengah pakar daripada hasil kajian yang dilakukan. Ada sesetengahnya betul dan ada pula sikap dan ciri kelahiran yang tidak menepati peribadi kita. Itu adalah lumrah bahawa manusia ini tidak sempurna sifatnya.
Orang yang lahir bulan Jun memiliki tahap kesabaran yang tinggi. Itu memang tak boleh nak nafikan, ex-boss contohnya.. sangat penyabar hinggakan segala kesilapan staff dia nak tanggung. Tapi yang tak bagusnya, ramai yang ambil kesempatan terhadap sifatnya itu. Jadi, sabar itu biarlah kena tempatnya.. betul tak?
Ciri-Ciri Personaliti Orang Lahir Bulan Jun
Sifat-sifat Negatif Orang Lahir Bulan Jun
- Bersikap sensitif - Jika yang sensitif ni biasanya terkena pada wanita. Jarang benar orang lelaki sensitif tak kena tempat.
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera - Orang yang lahir bulan Jun suka tangguhkan kerja ke? Yang ini sebenarnya bergantung kepada rasa tanggungjawab individu itu sendiri. Ada sesetengah perkara kena buat segera, jika tidak orang lain ngap! Contohnya dalam rebut tender perniagaan. Kena segera bertindak der...
- Bersikap suka menangguh-nangguh
- Cepat marah dan cepat sejuk - Sikap yang begini sesuai sangat untuk orang yang telah berumahtangga. Maknanya, orang yang lahir bulan Jun ni pemaaf kut...
- Mudah kecil hati
- Mudah kena selsema
- Cepat rasa bosan
- Sikap terlalu memilih dan cerewet
- Kurang mempamerkan perasaan
- Lambat nak sembuh apabila terluka hati
- Suka kepada barang yang berjenama
- Kedegilan yang tidak terkawal
Sifat-sifat positif orang lahir bulan Jun
- Otaknya aktif (sentiasa berfikir) - namun harus diingatkan supaya aktif berfikir yang baik-baik dan perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada ramai orang di sekelilingnya.
- Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik - sikap yang ini pun bagus juga, mahukan kesempurnaan dalam setiap usaha yang dikerjakan. Insyaa Allah hasil yang diperolehi pasti membangakan, terutamanya jika orang yang lahir bulan Jun ini seseorang yang penting dalam syarikat.
- Suka buat lawak dan bergurau - ops! yang ini saya kena periksa semula. Ada sesetengah orang lawak dan guraunya tersimpan rapi, tetapi bila kena gengnya, barulah keluar sikap kelakarnya yang sebenar.
- Otaknya cerdas berangan-angan
- Mudah berkawan dan pandai berkawan
- Orang yang sangat tertib
- Pandai mempamerkan sikap
- Suka berkemas
Orang lahir bulan Jun kata,
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya - yang ini nampak macam orang bulan jun suka ditegur dan menerima segala kritikan dengan terbuka.Apa kata anda? Ada tak ciri-ciri personaliti orang lahir bulan Jun di atas berkait dengan diri anda? Walau apa pun kita, pastikan kita pamerkan sikap yang baik dan terpuji agar hidup jadi mudah dan penuh ketenangan.
Sebarkan bahagia, untuk semua orang gembira.
0 Comments