Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

50+ Contoh Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Isteri, Suami, Anak, Ibu & Ayah

50+ Contoh Ucapan Selamat Hari Lahir Dan Ucapan Harijadi Buat Seseorang Yang Istimewa. Selamat hari lahir adalah ucapan pendek tetapi amat bernilai kepada sang penerima. Kerana ia tanda ingatan orang tersayang kepada kita walau tanpa hadiah beribu atau berkerlipan. Cukuplah sekadar ucapan dari jauh, ia sudah cukup jadi pemangkin semangat kepada sesiapa sahaja yang menerimanya.

Selamat hari jadi buat semua pembaca yang menyambut hari lahir hari ini, terima kasih kerana singgah dan sedang mengucapkannya kepada yang teristimewa dalam hidup kalian!

50+ Koleksi Selamat Hari Lahir Untuk Yang Tersayang

Jangan malu untuk mengucapkan "selamat hari jadi" kepada sesiapa yang rapat dan istimewa dengan mu, jalin hubungan istimewa dengan mereka agar silaturrahim itu berpanjangan. Anda boleh ikuti contoh ucapan hari lahir di bawah sebagai rujukan. 


Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Isteri, Suami, Anak, Ibu & Ayah


1. Kau adalah harta yang paling berharga di dunia ini yang sentiasa menjadikan ayah dan ibu lebih kuat dan bersemangat untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan penuh kekuatan. Selamat Hari Lahir!

2. Barakallah Fii Umrik. Semoga segala penat lelah mu adalah satu keberkatan hidup dan semoga semua amal kebaikan mu akan dilipatgandakan dengan ganjaran pahala teristimewa dari Allah SWT. Amin.

3. Sanah Helwah anak lelaki mama yang disayangi, semoga dirimu dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, diberikan rezeki yang melimpah, terus berjaya dalam hidupmu dan menjadi hero kami selamanya.

4. Selamat hari jadi anakku yang manja! Semakin kau membesar, semakin bertamabah umur usiamu, begitu juga doa kami setiap hari agar kau sentiasa ditambahkan rezeki dan disayangi ramai orang dan selalu gembira selamanya.

5. Selamat ulang tahun suamiku. Semoga kemakmuran, kesihatan, kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan akan sentiasa menyertai di setiap langkahmu.

6. Bukan emas permata yang membuatku memilihmu. Bukan penampilan yang membuatku jatuh cinta padamu. Kesabaranmulah yang membuatkan aku terpesona hingga sudi menjadi suri hidupmu. Sempena di hari ulang tahunmu, daku ingin katakan yang aku terlalu sayang kepadamu. Selamat hari lahir suamiku!

7. Selamat hari lahir isteriku.
Semoga Allah memberkati hidupmu, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa ceria. Amin ya Rabbal Alamin.

8. Selamat hari lahir bidadariku di dunia. Semoga Allah memberkati hidupmu dalam kebaikan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dipermudahkan segala urusan dan tercapai segala impian, berbahagia di dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal Alamin.

9. Selamat Hari Lahir Mak Tersayang.…Terima Kasih kerana sentiasa sabar dengan karenah kami. Sungguh besar jasa dan pengorbanan Mak dalam membesarkan kami. Moga Allah ganjarkan syurga Firdausi buat Mak.

10. Selamat Hari Lahir Ayah, terima kasih atas segala pengorbanan dan kudrat yang dicurahkan untuk membesarkan kami. Semoga Allah memberkati usia Ayah dan sentiasa memberikan Ayah kesihatan yang baik untuk terus menjadi HERO kami sekeluarga.

11. Selamat Hari Lahir suami! Semoga selalu diberikan kesihatan dalam sisa usia yang berkah, semoga dengan bertambahnya umur, Allah memberikan redhaNya dalam setiap langkahmu. Barakallahufiikum..

12. Semoga Allah selalu memberkati hidupmu, memberikan umur yang panjang. Semoga kehadiranmu selalu mampu menjadi penyeri hidup kami, serta ubat dan penyejuk hati kami. Selamat hari lahir anakku!

13. Harta boleh dicari, ilmu boleh digali, tetapi kesempatan untuk mengasihi Ibu, takkan terulang kembali, Kasih ibu membawa ke Syurga...Selamat Hari Lahir, Ibu!

Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Rakan Dan Sahabat 


Selamat Hari Lahir Dan Ucapan Harijadi Buat Orang Yang Istimewa

1. Happy Birthday! Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan bahagia di samping keluarga tercinta. Amin.

2. Barakallah fi Umrik. Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu. Teruskan menjadi sahabatku yang sentiasa di sisi samada diwaktu susah dan senang. Sekali lagi, selamat hari lahir!

3. Dunia menjadi lebih cerah keranamu. Selamat ulang tahun, Sahabatku!


4. Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kepada Sahabat Terbaikku. Pada hari yang istimewa ini, kutitipkan doa agar dirimu sentiasa dilimpahi berkah dalam usia-usia yang telah dilalui. Semoga hidupmu sentiasa ceria dan berbahagia selalu.

5. Selamat Hari Lahir Saudaraku! Semoga memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah SWT dengan kebaikan dan hikmah. Dan, semoga menjadi insan yang cemerlang dari segi imannya serta mendapat apa yang dihajati. Aamiin..

6. Selamat ulang tahun temanku, semoga Tuhan Yang Maha Kuasa selalu memberikanmu kebahagiaan dan kesihatan, dan semoga kamu terus menjadi sahabat terbaik untukku selama-lamanya. Amin.

7. Semoga hari ini membawa banyak senyuman dan kebahagiaan untukmu, Sahabatku. Semoga kamu mendapatkan ulang tahun yang hebat! Happy Birthday To You! 

8. Selamat Hari Lahir. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya. Dipermudahkan segala urusan. Dimakbulkan segala doa dan harapan serta diterangi dengan sinar kebahagiaan. Aamiin Ya Rabbal’alamiin

9. Selamat Hari jadi kawanku! Semoga terus menjadi inspirasi kepada orang sekeliling. Saya doakan semua impian awak tercapai dan berjaya dunia akhirat!.

10. Hidup menjadi lebih berwarna dengan kehadiranmu. Terima kasih kerana telah menambah keceriaan dalam kehidupanku. Selamat ulang tahun!

11. Selamat Hari Lahir, Barakallahu fii umrik. Semoga mendapat kebahagiaan yang luar biasa. Dan semoga dihari berikutnya, bertambah ilmu dan menjadi peribadi yang bijaksana!

12. “Barakallahu fii umrik. Semoga Allah sentiasa memberikan kenikmatan atas nikmat sihat, iman dan Islam.”

13. “Suatu kebahagiaan yang paling terindah akan segera datang, ketika ada orang-orang yang merindukanmu, menyanyangimu, ketika ada yang selalu membantu di setiap kesulitanmu, dan sesuatu yang indah ini yang dapat kamu rasakan adalah ketika seseorang yang sentiasa mengingati hari lahir mu. Selamat ulang tahun, semoga panjang umur, dan semoga Allah SWT sentiasa memberikanmu segala rahmat dan rezekiNya untuk kamu… Aamiin.”

14. “Selalu bersihkan dirimu dengan berwuduk, indahkanlah jiwamu dengan menjalankan solat lima waktu, sucikanlah selalu hatimu dengan keikhlasan ketika beramal, hiaslah hidupmu dengan akhlak yang paling mulia. Slamat ulang tahun teman, semoga Allah SWT sentiasa memberikan kebahagiaan dan limpahan rezeki untukmu… Aamiin.”

15. “Kad atau hadiah ulang tahun yang terbaik dan paling berharga adalah sebuah ungkapan dan ucapan doa di hari ulang tahunmu ini, semoga Allah SWT akan selalu memberikan limpahan rahmat dan kasih sayangnya untuk kamu dan semua keluargamu…”

16. “Untuk sahabatku, barakallah fii umrik. Terima kasih sudah menjadi sahabat yang selalu ada untukku. Semoga di hari ulang tahunmu ini, kamu selalu mendapatkan kebahagiaan, keberkatan serta rezeki yang melimpah ruah dari Allah SWT. Semoga kita terus menjadi sahabat yang saling mengingatkan akan kebaikan.”


Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Guru / Cikgu/ Pensyarah


1. Selamat Hari Lahir Buat Guruku yang tersayang. Cahaya mu menerangi kegelapan jalan kami, nasihatmu menjadi penunjuk haluan dan kesabaranmu mendidik menjadikan manusia berguna di hari ini. 

2. Selamat ulang tahun untuk guru dan mentor yang dihormati. Terima kasih telah memotivasi diri ini dan teman-teman untuk kuat dan sabar dalam belajar dan menuntut ilmu.

3. Hari Lahir membawa kebahagiaan baru, impian baru dan harapan baru. Selamat ulang tahun yang terhangat dari kami semua atas hari kelahiran tahun ini untuk Cikgu. 

Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Adik Beradik


1. Selamat Hari Lahir Adikku Tersayang. Semoga kamu dikurniakan usia yang berkah, rezeki yang sentiasa melimpah ruah dan kebahagiaan berpanjangan bersama keuarga tersayang.


2. Selamat hari lahir kakakku! Semoga selalu dalam rahmat Allah, dikurniakan kesihatan terbaik, rezeki melimpah ruah, berbahagia disamping keluarga tersayang dan bertambah iman dan taqwa. 


3. Selamat Hari Lahir, kita mungkin tidak selalu berjumpa kerana tanggungjawab semakin banyak. Namun kenangan membesar bersama adalah memori terindah dan hadiah terhebat bagi kita sepanjang hayat.

 

Doa Harijadi Untuk Diri Sendiri Dan Orang Tersayang


1. Ya Allah, 
kami panjatkan kesyukuran kepada Mu di atas kurniaan nikmat ihsan dan rahmat Mu yang Kau berikan kepada kami. Di hari ini kami zahirkan dengan penuh kehambaan.

2. Kami amat bersyukur di atas pemberian dan kurniaan Mu kepada kami hamba Mu yang kerdil ini diberi nikmat kehidupan yang tidak ternilai dengan anugerah yang sangat banyak nikmatnya.

3. Ya Allah! Ya Tuhan kami, 
bersempena dengan hari lahir pada hari ini, kami bermohon agar dilimpahkan berkat dan rahmat Mu kepada kedua ibu bapa kami yang kami sayangi ini.

4. Kerana telah melahirkan kami ke dunia ini dan membesarkan kami tanpa diminta balasan sehingga kami menjadi orang yang berguna serta berjaya sehingga ke saat ini.

5. Ya Allah, 
Kau gantikanlah setiap kesakitan dan setiap titisan darah ibu yang telah melahirkan kami kepada nikmat yang tidak terhingga ketika mereka berada di syurga Mu nanti.

6. Gantikanlah setiap penat lelah dan segala keperitan seorang ayah yang telah bersusah payah kerana membesarkan kami dengan nikmat yang indah dan senang ketika di alam syurga Mu nanti.

7. Ya Allah Ya Tuhan Kami, 
jika kedua-dua ibu dan ayah kami telah menyahut panggilan Illahi buat selama-lamanya, jadikanlah alam kubur mereka seperti mana sebahagian taman-taman syurga Mu yang indah itu nanti.

8. Berikanlah mereka kesenangan, keindahan, kedamaian berserta ketenangan dengan penuh lapang tanpa sebarang kesulitan ketika mereka sedang bersemadi.

9. Ya Allah Ya Tuhan kami! 
Kau kurniakanlah keberkatan dan rahmat Mu kepada kedua ibu dan ayah kami sebagaimana mereka yang telah menyayangi kami dengan penuh keikhlasan sejak dari dalam kandungan lagi.

10. Ya Allah, 
Pimpinlah kami dengan taufik dan hidayah Mu ketika kami sedang meniti usia yang kini semakin dewasa dan tua, supaya kami tidak tersesat dan terpesong akidah.

11. Tidak rosak akhlaknya dan tidak melanggar syariat Islam. Bimbinglah kami supaya menjadi hamba Mu yang bersyukur sentiasa biarpun nikmat yang diberikan begitu sedikit.

12. Jadikanlah kami hamba Mu yang sentiasa bersabar dengan segala cabaran dan dugaan serta akan menjadi hamba Mu yang gagah dan kuat melawan segala godaan nafsu dan syaitan yang kejam.

Penutup

Diharap ucapan-ucapan selamat harijadi dan doa hari lahir di atas dapat membantu kita mendekatkan yang jauh dan merapatkan silaturrahim di atas ingatan tulus ikhlas tersebut. Walaupun mungkin kita terlalu sibuk tetapi janganlah dilupa untuk mengingati tarikh-tarikh penting dalam kehidupan seseorang terutamanya orang-orang terdekat dengan kita.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments

close