Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Selamat Datang Mei Dan Kenali Personaliti Orang Lahir Bulan Mei

Selamat Datang Mei Dan Kenali Personaliti Orang Lahir Bulan Mei. Welcome May! Semoga ada harapan baru dan sinar yang cerah dalam bulan Mei. Selamat Hari Lahir kepada rakan taulan, sanak saudara dan orang-orang tersayang yang lahir dalam bulan Mei. Semua bulan pun berharga, begitu juga bulan Mei.

Bulan Mei adalah bulan ke lima dalam kalendar masihi. Orang lahir bulan Mei sesuai berkawan atau berpasangan dengan mereka yang lahir dalam bulan September, Oktober, November dan Disember. Mereka akan jadi kawan yang saling menyokong antara satu sama lain. Dan jika mereka berselisih pendapat, biasanya golongan yang lahir dalam bulan September - Disember yang akan mengalah.

Selamat Datang Mei Dan Kenali Personaliti Orang Lahir Bulan Mei
Selamat Datang Mei Dan Kenali Personaliti Orang Lahir Bulan Mei

Mari kenali personaliti orang-orang yang lahir dalam bulan Mei dan menyambut hari lahir dalam bulan tersebut.

Personaliti orang lahir dalam bulan Mei

  • Kuat semangat
  • Bermotivasi tinggi
  • Berfikiran tajam
  • Pandai menarik hati orang lain
  • Menarik perhatian
  • Perasaan yang amat mendalam
  • Cantik secara fizikal dan mental
  • Mudah dipujuk
  • Tidak perlu dimotivasikan
  • Sistematik
  • Kuat daya firasat
  • Memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
  • Pandai berdebat
  • Fizikal yang baik
  • Suka sastera, seni, muzik dan melancong
  • Rajin dan bersemangat tinggi

Pendapat di atas adalah kajian dari Dato Dr Hj. Fadzilah Kamsah. Mungkin ada sebahagian pendapat itu benar atau sebaliknya. Namun, ambil apa yang baik dan jadikan panduan hidup.

Ada juga beberapa pendpat yang mengatakan bahawa orang lahir dalam bulan Mei mempunyai sifat yang agak boros. Benarkah begitu? 

Pandangan/ Pendapat: Orang kelahiran Mei suka menghabiskan wang mereka. Mereka terkenal dengan perilakunya yang boros. Tapi mereka tidak kedekut. Sikap boros itu ada manfaat untuk orang lain juga, di mana mereka akan berbelanja untuk diri sendiri dan orang di sekitar dan terdekat. 

Personaliti orang lahir bulan Mei kebanyakannya menunjukkan mereka seorang yang bermotivasi dan bersemangat tinggi. Jadi, jadikan kelebihan tersebut sebagai satu cara melonjakkan potensi diri anda.

Post a Comment

0 Comments

close