Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Rahsia Ayat Laqod Ja'akum Surah At Taubah 128 -129

Rahsia Ayat Laqod Ja Akum Surah At Taubah 128 - 129. Dalam al Quran ada 2 ayat dalam surah at Taubah yang sering dibaca oleh Rasulullah SAW setiap kali habis solat Subuh. Ayat ini yang terkenal sebagai ayat 'laqod jaakum.." mengandungi rahsia tersendiri hingga menjadikan amalan rasulullah sepanjang hidupnya.

Surah ini dinamakan surah ” At-Taubah ” (Taubat) kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golongan yang telah bertaubat dari perbuatan mereka yang salah lalu Allah menerima taubat mereka dan mengampunkannya.

Surah at Taubah, ayat 128 - 129:



Rahsia Ayat Laqod Ja Akum Surah At Taubah 128 -129


Maksudnya;

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” - ayat 128

“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.” - ayat 129

Fadhilat dan Rahsia Ayat 128 - 129 Surah at Taubah


1. Dipanjangkan usia dengan izin Allah.
2. Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat (siang dan malam) jika dibaca setiap pagi dan petang.
3. Menambah keteguhan iman kepada Allah SWT.

Cara Amalan


1. Cara mengamalkan ayat ‘Laqod Jaa’kum’ ialah dengan dibaca sebanyak tujuh kali selesai solat fardhu terutamanya solat subuh dan mahgrib.

2.  Seandainya kita mengamalkan ayat ini setiap hari, bertahun-tahun lamanya sehingga menjadi darah daging, namun tiba-tiba di satu pagi kita tidak mampu membaca ayat ini, terlupa, tidak lancar, tersangkut-sangkut, dapat baca sebahagian dan lupa sebahagian, maka itulah alamatnya yang kita bakal dijemput ke alam barzakh. Bersiap-siaplah mungkin sehari, mungkin seminggu, mungkin 40 hari, yang pasti itulah petunjuknya bahawa waktu kita telah hampir. 

Subhanallah.

Post a Comment

0 Comments

close