Pantun Raya Lawak Lucu Setiap Negeri. Hari Raya datang lagi. Inilah saatnya kemenangan tiba bagi umat islam di seluruh dunia. Setelah sebulan berpuasa, tibalah hari raya pula.
Dalam meraikan kegembiraan hari raya, kami kongsikan himpunan pantun lawak lucu hari raya di setiap negeri. Jom kita berpantun.
1. Masak lomak cili api
Campo dengan daun turi
Hari rayo kolumpo sepi
Tinggal penyamun dengan pencuri
Selangor/ Kuala Lumpur
2. Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak
3. Gulai tempoyak ikan mayong
Deghoyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampei
Kedah
4. Aloq staq terketaq ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq-ketaq
Kena paksa bagi angpau
Pulau Pinang
5. Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pasemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
Perlis6. Padang besaq kecik ajaTempat siam lalu lalangHari raya kita berbelanjaJangan sampai menambah utang
7. Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu
8. Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung suke
Pahang
9. Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor
10. Cegitu cegini awak suke
Awak suka kita tak suke
Esok lusa hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka
11. Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau mengantok
Hehe... apa kata korang? Kami suka betul baca pantun raya lawak lucu setiap negeri. Boleh lah pantun raya lawak lucu ni dijadikan hiburan santai di hari raya. Boleh juga dihantar kepada keluarga sahabat handai yang berada di negeri-negeri berkenaan.
Selamat hari raya!
0 Comments