Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Ini Jawapan Segera Kepada Segala Masalahmu

Ini Jawapan Segera Kepada Segala Masalahmu. Siapalah hidup di dunia tidak menghadapi masalah. Samada ianya masalah peribadi atau ujian dari orang sekeliling. Semuanya harus dihadapi walau sesukar mana pun. Bila diterpa masalah, apakah yang patut dilakukan? Apakah ucapan pertama yang harus diluahkan?

Seharusnya, ketika diuji dengan masalah, anda menyebut "alhamdulillah" dan sabar setinggi-tingginya. Sabar ketika diuji dan bersyukur ketika diberi nikmat.

Ini Jawapan Kepada Segala Masalahmu

Ini Jawapan Kepada Segala Masalahmu

1. Kamu sering sakit?

Maka puasa adalah penyelesaiannya. Mengapa puasa? Kerana puasa dapat melatih diri manusia agar dapat menghindari dosa-dosa di waktu lain ketika di luar bulan Ramadhan. Puasa juga memberikan perut kita berehat dari memproses makanan selama setahun. Itulah sebabnya mengapa kita dikehendaki berpuasa sebelum menjalani sebarang proses pembedahan yang melibatkan anggota tubuh badan. 

2. Wajah gelap, tidak ceria

Bangunlah di sepertiga malam terakhir, tahajjudlah! Solat sunat Tahajjud umpama anak panah tepat mengenai sasarannya. Segala pengaduan dan keluh kesah dicurahkan kepada Sang Pencipta. Keluarkan segalanya yang terbuku. 

3. Hati sempit dan lelah

Bacalah al Quran. Fahami kandungannya. Bertadabbur dengan al Quran. 

4. Susah bahagia

Solatlah pada tepat dan di awal waktu

5. Selalu teremosi

Wudhu dan istighfar. Setitis air wudhu yang gugur, umpama menggugurkan dosa-dosa kita. Istighfar melegakan hati dan membuang hitam-hitam dan kelam dalam hati yang terjadi akibat banyak melakukan dosa. 

6. Hati gelisah

Berdoa lah. Doa di setiap ruang dan kesempatan yang ada. Doa tidak memerlukan waktu dan tempat. Berbisik dalam hati pun boleh dianggap berdoa. Berdoalah dengan perlahan dan lemah lembut sambil merayu kepadaNya.

7. Merasa kurang

Bersyukur dan bersedekah. Bersedekah tidak menjadikan kita miskin. Bersedekah boleh mencuci dan membersihkan harta yang kita ada.

8. Tertekan

Baca, laa hawlawala quwataillah billahil 'aliyyul'aziim

Maksudnya: Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah jua

Percayalah! Setiap masalah ada penyelesaiannya. Usah panik ketika dilanda masalah atau musibah dan jangan putus asa bila masalah tidak dapat diselesaikan dalam waktu yang anda harapkan.

Yakinlah.. pertolongan Allah tak terlambat atau tercepat tetapi datangnya pada waktu yang tepat!

Post a Comment

0 Comments

close