Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Jadikan Kematian Itu Sebagai Peringatan Dan Hidayah

Jadikan Kematian Itu Sebagai Peringatan Dan Hidayah. Setiap hari mendapat khabar berita kematian, bertenanglah sekejap. Renungilah sebentar akan keadaan diri kita sendiri. Di manakah letaknya kita ketika ini dan saat ini di hadapan Allah SWT. Adakah terlalu jauh? Hingga tak tergapai oleh amalan yang dilakukan? Renungkanlah!!

Jadikan kematian itu sebagai peringatan dan hidayah. Andai masih tidak mahu berubah ke arah kebaikan, maka dengan cara apa lagi mahu Allah beri hidayah?

Jadikan Kematian Itu Sebagai Peringatan Dan Hidayah

Doa Rasulullah saw yang paling banyak adalah: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi

Jadikan Kematian Itu Sebagai Peringatan Dan Hidayah


Bila kita tidur, sebenarnya kita telah "mati". Mati sementara yang langsung tak ingat apa-apa. Ketika tidur, jika ada orang ambil gambar kita pun, kita akan kelihatan seperti orang mati. Cuma, dengan ehsan Allah SWT, keesokan harinya jika kita terjaga, itulah nafas yang Allah pinjamkan untuk kita sehari lagi. 

Bila bangun dari tidur, ayat pertama yang keluar dari mulut mestilah ucapan ALHAMDULILLAH.

Apa jaminan kita akan bangun semula bila kita tidur?

Tiada. Kita sendiri banyak mendengar berita tentang kematian semasa tidur.

Apa jaminan kita akan pulang semula ke rumah selepas berangkat ke pejabat?

Tiada. Kita sendiri banyak mendengar berita tentang kemalangan yang meragut nyawa.

Bila hidup kita merasa berat membuat ibadah sunat, tidak mengapa. Tapi jangan tinggalkan ibadah yang wajib. Paksakan diri untuk buat yang wajib.

Jangan tinggal solat 5 waktu. Jangan tinggal puasa tanpa uzur. Jangan lupa membayar zakat. Tutup aurat. Elakkan diri membuat dosa. Cepat-cepat bertaubat ketika melakukan dosa.

Jangan kita lalai mencari rezeki sehingga meninggalkan solat. Rezeki kita sudah dijamin, syurga kita yang belum dijamin. Perbaiki ibadah yang membawa kita ke syurga.

Imam al-Ghazali berpesan: "Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati."

Jadikan kematian itu sebagai peringatan dan hidayah. Andai masih tidak mahu berubah ke arah kebaikan, maka dengan cara apa lagi mahu Allah beri hidayah?

Setiap kali kamu terbaca atau mendapat berita kematian, angkatlah lagi tinggi akan derajatmu di sisi TuhamMu dengan melipatgandakan segala amalan baik dan ketaqwaan kepadaNya.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments

close