Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

Istighfar Punca Hati Jadi Tenang

Beristighfarlah!! Hanya dengan istighfar hati boleh menjadi tenang. Hati yang tenang adalah pokok kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Baca artikel ini sepenuhnya dan fahami bagaimana cara untuk beristighfar yang amat menginsafkan., dan selesai banyak masalah.

Istighfar Juga Punca Rezeki Datang Tanpa Disangka. Istighfar ada banyak rahsia dan fadhilatnya terutamanya dalam menggapai ketenangan hati yang tak dapat dijual beli! 

Istighfar atau memohon keampunan kepada Allah adalah amalan yang amat dituntut kepada setiap umat Islam.

Istighfar Punca Rezeki Datang Tanpa Disangka & Hati Jadi Tenang

Istighfar Punca Rezeki Datang Tanpa Disangka & Hati Jadi Tenang 


Rasulullah SAW menganjurkan agar kita melazimkan diri dengan istighfar pada setiap waktu. Sabda baginda:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَأْوِي إِلَى فِرَاشِهِ:  أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ وَإِنْ كَانَتْ عَدَدَ وَرَقِ الشَّجَرِ وَإِنْ كَانَتْ عَدَدَ رَمْلِ عَالِجٍ وَإِنْ كَانَتْ عَدَدَ أَيَّامِ الدُّنْيَا

Daripada Abu Sa’id RA, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang berdoa sebelum tidur dengan bacaan ini :

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

(Aku memohon ampunan Allah yang Maha Agung, yang tidak ada tuhan selan Dia yang Maha hidup dan yang Maha Berdiri, dan Aku bertaubat kepadaNya), sebanyak tiga kali, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan, dan walaupun sebanyak jumlah dedaunan, dan walau sebanyak pasir di padang pasir , walaupun sebanyak hari-hari umur dunia. (HR Tirmizi : No 25)

Ahmad Musthafa al-Maraghi menulis kisah Hassan al-Basri dengan orang yang bertanyakan masalah yang dihadapi serta meminta nasihat kepadanya menerusi kitab Tafsir al-Maraghi. 

Diceritakan pada satu hari, seorang lelaki telah datang mengadu kepadanya kerana berdepan masalah kelaparan. Beliau dengan penuh hikmah menjawab, 

“Istighfarlah kepada Allah.”

Seterusnya beliau didatangi seorang yang menceritakan masalah yang dilaluinya kerana ketiadaan zuriat. Sekali lagi Hasan al-Basri menjawab, 

“Istighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang pula seorang lelaki merintih mengenai kebunnya kekeringan kerana musim kemarau. Jawapan sama diulangi dengan penuh hikmah,

 “Beristighfarlah kepada Allah.”

Jawapan Hasan al-Basri menghairankan orang ramai. Salah seorang daripada penduduk itu bertanya, “Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai masalah, tetapi tuan hanya menyuruh mereka semua untuk melafazkan istighfar.”

Hasan al-Basri menjawab: “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman  seperti itu dalam Surah Nuh ayat 10 – 12

فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًا ١٠  يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا ١١  وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَٰلٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّٰتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَٰرًا ﴿١٢

"Sehingga aku berkata (kepada mereka):
`Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun (10). (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (11) Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Ibnu Katsir menerangkan ayat ini;

Jika kalian bertaubat kepada Allah, memohon ampun kepada-Nya dan menaati-Nya, nescaya Allah akan memperbanyak rezeki kalian, menurunkan air hujan yang penuh keberkatan dari langit, memberikan keberkatan dari tanah kalian, menumbuhkan tanaman, memperbanyak air susu ternakan kalian dan memperkukuhkan kalian dengan harta dan anak-anak, maksudnya Allah akan memberikan kalian kekayaan dan anak-anak, menumbuhkan berbagai macam buah-buahan bagi kalian, dengan air sungai yang mengalir di celahnya.

Mari kita melazimkan diri dengan istighfar memohon keampunan kepada Allah.

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian

Post a Comment

0 Comments

close