Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Advertisement

4 Ubat Melembutkan Hati Yang Sukar Berubah

Hati yang lembut bukan bermakna kita lembik dan lemah. Hati yang lembut sentiasa merasakan rendah hati, tidak sombong dan prihatin serta peduli terhadap orang lain. Hati yang lembut akan segera bertaubat jika melakukan kesalahan.

4 Ubat Melembutkan Hati Yang Sukar Berubah. Ubat Pelembut Hati macam mana yang kita mahukan? Kita biasa dengar kalimah apabila berhadapan dengan seseorang:

  • Kenapalah dia ni keras sangat hatinya?
  • Kenapalah susah sangat nak berubah?

Setiap kita mengharapkan agar memiliki hati yang lembut.  Hati yang lembut bukan bermakna kita lembik dan lemah. Hati yang lembut sentiasa merasakan rendah hati, tidak sombong dan prihatin serta peduli terhadap orang lain. Hati yang lembut akan segera bertaubat jika melakukan kesalahan. Hati yang lembut akan segera melakukan kebaikan dan amal soleh. Hati yang lembut merupakan cerminan hati yang bersih.

4 Ubat Melembutkan Hati Yang Sukar Berubah

4 Ubat Melembutkan Hati Yang Sukar Berubah


Carilah hati yang lembut agar hati itu dapat meruntun kita ke jalan bahagia dan tenang. Antara ubat untuk memiliki hati yang lembut:
 

1. Menangis Di malam Hari


سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ….
وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Tujuh golongan yang akan mendapat naungan pada hari tiada naungan selain naungan Allah: (satu daripadanya)… dan seorang yang berzikir kepada Allah dengan menyendiri lalu kedua matanya menitiskan air mata” (HR Tirmidzi No: 2313) Status: Hadis Hasan Sahih

Kata Ibnu Qayyim:

يُحْيُونَ لَيْلَهُمْ بِطَاعَةِ رَبِّهِمْ بِتِلاَوَةٍ  وَتَضَرُّعٍ  وَسُؤَالٍ

Mereka menghidupkan malam hari dengan mentaati Tuhan mereka, iaitu dengan membaca al-Quran, mendekatkan diri dan memohon kepadaNya

وَعُيُونُهُمْ تَجْرِي بِفَيْضِ دُمُوعِهِمْ   مِثلُ انْهِمَالِ الوَبِلِ الهَّطَالِ 

Sedang mata mereka mengalirkan air mata yang deras bagaikan derasnya air hujan yang lebat

2. Membaca al-Quran


اقـرؤاالقـرءان وابكوا فان لـم تبكوا فتبـاكـوا

Bacalah al-Quran dan menangislah! Apabila tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis” (HR Ibnu Majah: 1237)

3. Banyak Berzikir


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya.” (Al-Ahzab: 41).

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَّوْقُوتاً

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring” (An-Nisa: 103).

4. Mengingati Kematian


Muhammad Ahmad ar-Rasyid menyatakan dalam kitabnya al-Raqaiq:

Dalam mengejar kehidupan kita tidak terlepas berada di dalam kancah persaingan – antara mencari keperluan dunia dengan bekalan akhirat. Oleh itu kita perlu mengimbangi dengan sifat qanaah (berpada) dan syajaah (keberanian) agar kehidupan terpantau. 

Tidak ada cara baru untuk membawa muslim memiliki pandangan sederhana melainkan dengan mengingatkan terhadap kematian

Ketika Rasulullah menjawab pertanyaan sahabat siapa yang paling cerdik di kalangan mereka, lalu baginda menjawab:

أَكْثَرُهُم للْمَوتِ ذِكْرًا .  وَأَحْسَنُهُم لِمَابَعْدَهُ إِسْتِعْدَادًا أُلَئِكَ الأَكْيَاسُ

 “Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik persediaan mereka selepas mati. Mereka itulah yang paling cerdik” Riwayat Tabrani, Ibn Majah dan Baihaqi

Uwais Ibn Amir al-Qarni (ahli zuhud di kalangan Tabiin) pernah menyatakan pada penduduk Kufah:

 يَا أَهْلَ الكُوفَة : تَوَسَّدُوا المَوتَ إِذَا نِمْتُمْ ، وَاجْعَلُوهُ نُصْبَ أَعْيُنِكُم إِذَا قُمْتُم 

“Hai penduduk Kufah, berbantallah dengan kematian bila kamu tidur dan jadikanlah kematian berada di depan matamu bila kamu bangun.” 

Jom ubati hati agar sentiasa memiliki hati yang lembut 

Semoga perkongsian 4 Ubat Melembutkan Hati Yang Sukar Berubah di atas dapat mengubati hati kita semua yang selama ini tercari-cari penawarnya. Niat dan usaha akhirnya akan mengarahkan langkah kita kepada jalan yang betul dan diredhai.

Post a Comment

0 Comments

close